Friday, January 2, 2009

Kekejaman Israel LAKNATULLAH berterusan!!

Assalamualaikum,

Berita terbaru menyatakan angka syahid di Gaza telah melebihi 400 orang. Yang tercedera lebih 1000.

Pelancong pelancong dan penduduk asing di Gaza juga telah dibenarkan keluar dari oleh Israel LAKNATULLAH secara sistematik setelah mendapat 'kebenaran' dari parlimen Israel.

Adakah ini menandakan Israel LAKNATULLAH akan melancarkan serangan yang lebih besar lagi?

Di Amerika, sekumpulan penumpang MUSLIM telah diarahkan keluar dari pesawat di Reagon National Airport kerana disyaki mencurigakan.

Presiden AS mengkritik HAMAS kerana melancarkan roket ke wilayah Israel LAKNATULLAH dan menganggapnya sebagai keganasan.

Di Gaza, 1.5 juta penduduka bakal mengalami krisis kemanusiaan kerana bekalan makanan dan perubatan yang semakin berkurangan kerana keganasan Israel LAKNATULLAH.

Dr Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menyatakan dalam satu ceramah di Doha sebelum perhimpunan besar besaran membantah tindakan biadap Israel LAKNATULLAH ;

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut "

Kalau anda tiada perikemanusiaan, silalah lihat video pada link di bawah ini ;

Selepas serangan Israel LAKNATULLAH

Wahai Umat Islam! Bangkitlah Kalian!

sufi.mardhatillah
6 Muharram 1430H

No comments:

Post a Comment