Friday, January 2, 2009

Kekejaman Israel LAKNATULLAH berterusan!!

Assalamualaikum,

Berita terbaru menyatakan angka syahid di Gaza telah melebihi 400 orang. Yang tercedera lebih 1000.

Pelancong pelancong dan penduduk asing di Gaza juga telah dibenarkan keluar dari oleh Israel LAKNATULLAH secara sistematik setelah mendapat 'kebenaran' dari parlimen Israel.

Adakah ini menandakan Israel LAKNATULLAH akan melancarkan serangan yang lebih besar lagi?

Di Amerika, sekumpulan penumpang MUSLIM telah diarahkan keluar dari pesawat di Reagon National Airport kerana disyaki mencurigakan.

Presiden AS mengkritik HAMAS kerana melancarkan roket ke wilayah Israel LAKNATULLAH dan menganggapnya sebagai keganasan.

Di Gaza, 1.5 juta penduduka bakal mengalami krisis kemanusiaan kerana bekalan makanan dan perubatan yang semakin berkurangan kerana keganasan Israel LAKNATULLAH.

Dr Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menyatakan dalam satu ceramah di Doha sebelum perhimpunan besar besaran membantah tindakan biadap Israel LAKNATULLAH ;

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut "

Kalau anda tiada perikemanusiaan, silalah lihat video pada link di bawah ini ;

Selepas serangan Israel LAKNATULLAH

Wahai Umat Islam! Bangkitlah Kalian!

sufi.mardhatillah
6 Muharram 1430H

Wednesday, December 31, 2008

Tahun baru 1430H dibuka dengan kekejaman Israel


Assalamualaikum,

Tiada yang lebih manis bagi setiap insan apabila menyambut tahun baru, pastinya mahukan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Dengan azam baru, harapan baru, mungkin juga 'niat' baru untuk tahun ini.

Namun itu tidak berlaku bagi saudara saudara kita di Palestin.

Mereka menyambut tahun baru dengan bedilan bedilan roket dan muntahan peluru dari tentera Zionis Laknatullah! Lihatlah berapa ramai orang orang awam yang terdiri daripada wanita dan kanak kanak yang terkorban!

Saya amat amat tersentuh apabila mendengar setiap berita berita mengenai Palestin. Apatah lagi sejak terlibat secara langsung dengan siri siri ceramah dan penerangan Isu Palestin ini sejak dua tahun lalu.

Kadangkala, hati ini terasa agak tenteram dan tenang seketika apabila terdengar berita mengenai perjanjian damai ataupun gencatan senjata..Terdetik di hati, 'Mungkin Allah telah mengabulkan doa kita semua'..dan buat seketika, Palestin seakan akan 'lenyap' dari hati ini..

Namun, Ujian Allah tetap hadir kepada hambaNYA yang beriman.

Keganasan yang terbaru ini menyeru kita semua agar terus istiqamah dalam membantu perjuangan Palestin! Walau apa cara sekalipun.

Teruskan menyumbang untuk Palestin.Sekurang kurangnya BERDOA.

Sekian.

sufi.mardhatillah
4 Muharram 1430H