Wednesday, February 4, 2009

Ceramah Palestin di Surau Al Hikmah, Padang Midin

Assalamualaikum,

Pada 2 Feb 09, Saya telah mnyampaikan satu ceramah palestin - selamatkan Gaza! di Surau Al Hikmah, Padang Midin selepas Solat maghrib.

Alhamdulillah, surau yang sederhana besar itu dipenuhi oleh muslimin muslimat dari sekitarnya berjumlah hampir 70 orang.

ceramah bermula jam 8 mlm dan berakhir sekitar jam 9.30 mlm itu berjaya menarik perhatian jamaah yang hadir untuk mengenali isu palestin yang sebenar..

Surau tersebut telah melancarkan kutipan derma semenjak seminggu lalu dan berjaya mengumpul lebih 9,xxx.xx !

selepas ini, saya akan memberi ceramah kesedaran palestin di SM Teknik Dungun pada 5 Feb 09 selepas solat Isya'.

Sama sama kita menghulurkan bantuan walau apa cara sekalipun kepada saudara saudari kita yang mengantikan tempat kita mempertahankan bumi Al AQSA!

Sekian.

sufi.mardhatillah
8 Safar 1430H

No comments:

Post a Comment